Wednesday, April 6, 2011

Video seks: Anwar antara 35 individu dipanggil polis


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara 35 individu yang dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes video seks membabitkan pelaku yang didakwa mirip beliau.


Individu lain termasuk bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, yang menggelarkan diri mereka "Datuk T" dan mengaku mendedahkan video itu kepada sekumpulan wartawan di Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata beberapa kakitangan bahagian pengurusan Carcosa Seri Negara juga dipangil memberi keterangan.
Acryl Sani berkata, keterangan yang diambil daripada Anwar adalah "memadai".

"Sekiranya terdapat keterangan beliau yang tidak lengkap, kita akan panggil dia lagi sekali untuk bagi keterangan tapi setakat ini ianya telah mencukupi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Acryl Sani berkata, polis akan memanggil dua atau tiga lagi individu untuk melengkapkan kertas siasatan.

Katanya, kertas siasatan kes berkenaan kini telah siap 95 peratus dan akan dihantar kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan video itu adalah tulen.

Siasatan polis itu dibuat berikutan laporan yang dibuat oleh Anwar pada 22 Mac yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan. - BERNAMA
Berita Harian Online | Video seks: Anwar antara 35 individu dipanggil polis

No comments:

Post a Comment