Sunday, April 3, 2011

Pornthip mengaku dirinya disiasat


PORNTHIP (kanan) diiringi seorang pengawal peribadi selepas memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta semalam.


KUALA LUMPUR - Pakar patologi, Dr. Pornthip Rojanasunand yang pernah memberi keterangan kontroversi berhubung kematian Teoh Beng Hock mengaku beliau kini disiasat Majlis Perubatan Thailand kerana masalah disiplin.
Pornthip yang disoal peguam Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah pada prosiding Suruhanjaya Siasatan kematian Beng Hock semalam turut mengaku beliau adalah aktivis kontroversi di negaranya dan tidak disukai polis.
Peguam yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu memberitahu, prosiding terhadap Pornthip masih berjalan dan dia didakwa mengadakan bukti sintetik.
Muhammad Shafee berkata, Pornthip pernah memberi pandangan salah dalam autopsi kedua kes kematian seorang jutawan di Thailand sehingga adik si mati didakwa membunuh, sedangkan autopsi pertama mendapati mangsa membunuh diri.
Beliau berkata, autopsi ketiga oleh 11 pakar patologi pelbagai negara kemudian mendapati si mati membunuh diri iaitu sama dengan keputusan autopsi pertama.
Pornthip yang kelihatan berang, enggan menjawab soalan itu.
Prosiding yang berlangsung dalam keadaan tegang itu turut menyentuh kenyataan Pornthip dalam inkues berhubung kematian Beng Hock di Mahkamah Koroner pada 21 Oktober 2009 yang disifatkan Muhammad Shafee telah menyebabkan imej SPRM tercemar.
Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment