Sunday, April 3, 2011

Ratu Dominica dituduh rasuah




Dalia Fernandez
Dalia Fernandez
Pemenang tempat kedua pertandingan dakwa Dalia Fernandez beri juri RM302,000

SANTO DOMINGO: Kontroversi melanda penajaan pertandingan ratu di Republik Dominica selepas pemenangnya dituduh memberi rasuah AS$100,000 (RM302,000) kepada juri untuk merangkul tempat pertama meskipun Presiden penganjur Ratu Universe, Paula Shugart, menolak dakwaan itu semalam.
Pemenang tempat kedua, Evis Siskos, meminta penganjur perlu menyiasat ‘khabar angin dan spekulasi’ akhbar berbahasa Sepanyol bahawa pemenang, Dalia Fernandez membayar wang itu bagi memastikan beliau menang.
Siskos mengakui tidak mempunyai bukti sebarang salah laku atau layanan tidak adil kepada peserta dan tidak memaklumkan pegawai penganjur mengenainya.

Shugart pula mempertahankan kumpulan yang mengendalikan pertandingan di Republik Dominica tahun ini dengan berkata, sehingga kini tiada bukti kukuh untuk mengesahkan pertandingan Ratu Republik Dominica yang diadakan 8 Mac lalu dicemari rasuah.

“Kami berasa bangga untuk menyatakan bahawa pertandingan ratu cantik yang diadakan adalah adil dan mematuhi undang-undang. Kami tetap memandang serius dakwaan ini, tetapi pertandingan secara keseluruhannya berjalan lancar,” kata beliau dalam temuramah dengan stesen televisyen berita ABC.

Bagaimanapun Sisko yang dilahirkan di Amerika dan mempunyai dua kewarganegaraan berkata, media di Republik Dominica sudah membuat dakwaan pertandingan itu dicemari penipuan.
“Saya membaca berita akhbar berbahasa Sepanyol di New Jersey dan Republik Dominica bahawa mahkota kejuaraan itu ‘dibeli’. Peserta lain dan rakyat Republik Dominica berhak mengetahui kebenarannya,” katanya.

Peguam Sisko, Jacob Oresky mengadakan sidang akhbar kelmarin dan merayu pemilik bersama pertandingan itu Donald Trump agar menyiasat dakwaan yang dibuat.

“Trump adil dan berpengaruh. Beliau perlu menyiasat dakwaan ini. Ada dakwaan bahawa mahkota itu dibeli,” katanya.

Shugart, bagaimanapun, menegaskan dakwaan berat sebelah dan layanan tidak adil oleh peserta yang kalah adalah perkara biasa dan setakat ini beliau belum menerima penerangan terperinci daripada Siskos atau peguamnya.

Ini juga bukan kali pertama penganjur Ratu Universe berdepan dakwaan salah laku. – Agensi
Berita Harian Online | Ratu Dominica dituduh rasuah

No comments:

Post a Comment