Sunday, June 26, 2011

Barbican masih haram

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan orang ramai supaya tidak keliru dengan status produk minuman Barbican kerana sehingga kini ia masih diisytiharkan sebagai haram.

Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) Jakim, Md Ali Sarbini berkata, kandungan produk berkenaan masih di bawah pemantauan serta penyelidikan dan tidak timbul isu bahawa produk itu kini sudah bertukar kepada halal dan boleh diminum orang Islam.


“Kita harap orang ramai tidak keliru dengan kenyataan pihak lain mengenai status produk ini. Ini kerana Jakim sendiri masih menunggu keputusan lanjut penyelidikan kandungan status bir berkenaan dari semasa ke semasa.

“Jadi, tidak timbul isu produk minuman berkenaan kini sudah bertukar status kepada halal,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) ke-16 di Wisma Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), di sini, semalam.


Hadir sama Penasihat Pertis, Datuk Zamani Sulaiman dan Pengerusi Pertis, Zakaria Yahya.


Menurut Md Ali, status berkenaan hanya boleh diubah apabila melepasi tahap kandungan alkohol yang dibenarkan iaitu 0.01 peratus dan selepas pengeluar produk berkenaan memohon status halal daripada Jakim.

myMetroBarbican masih haram

No comments:

Post a Comment