JESSYCA (kiri) dan Cheryl. |
COLE. |
LONDON: Ashley Cole didakwa merayu seorang model pakaian dalam menghantar gambar bogelnya beberapa hari sebelum kembali kepada bekas isteri, Cheryl pada hari ulang tahun kelahirannya.
Cheryl, 28, bintang X Factor sebelum itu sudahpun kecewa selepas mengetahui bintang bola sepak Chelsea dan England itu meniduri seorang pramugari ketika merayu menerimanya kembali.
Akhbar The Sun semalam mendedahkan, Cole, 30, juga merayu model Amerika Syarikat, Jessyca Rayanne menghantar gambar bogelnya.
Model berusia 28 tahun itu memberitahu rakannya, dia menghabiskan masa bersama Cole di kediaman percutian pemain bola sepak itu di Los Angeles pada 14 Jun, sejurus sebelum Cole kembali ke London untuk menyambut ulang tahun kelahiran Cheryl.
Dia memberitahu seorang rakan: “Saya bertanya mengenai isterinya. Dia berkata dia tidak berminat untuk kembali bersama Cheryl. Dia memberitahu saya apa yang saya hendak dengar.” Rakan karib Jessyca, Destiny Monique, yang ada bersama mereka berkata: “Jessyca dan Cole berasmara sepanjang masa. Anda boleh lihat dengan jelas dia begitu berminat terhadap Jessyca. “Kerana itu kami membiarkan mereka bersendirian.
“Ashley berada bersama Jessyca dalam tab mandi. Mereka berada di dalam tab itu selama beberapa jam, bergurau dan berasmara. Mereka kemudian masuk ke dalam bilik.” Beberapa hari kemudian, Cole yang bercerai dengan Cheryl tahun lalu, menghantar mesej kepada Jessyca, merayunya menghantar gambar bogelnya.
Laporan mengenai Ashley menggoda wanita lain ketika berusaha untuk menjalinkan semula hubungan mereka, akan menyebabkan Cheryl kecewa lagi.
Pramugari, Kerry Meades mendedahkan kelmarin mengenai bagaimana dia menghabiskan masa bersama dengan Cole ketika berada di Los Angeles - Agensi
myMetro | Cole minta gambar bogel
No comments:
Post a Comment