1. Bersih 2.0 bukan sebuah pertubuhan sebagaimana yang didakwa oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional kononnya Bersih adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan R.O.S, sebaliknya Bersih 2.0 adalah satu kempen yang digerakkan oleh sekurang - kurangnya 62 Ngo yang bergabung untuk menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang adil dan telus.
2. Kempen ini berpaksi kepada 8 tuntutan yang telah dikemukakan kepada pihak berkenaan samaada kerajaan mahupun pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Apa yang lebih penting juga ialah 8 tuntutan mesti difahami dan diperjuangkan oleh rakyat demi masa depan negara dan kepimpinannya iaitu :
Bersihkan Senarai undi
Mereformasikan undi pos
Penggunaan Dakwat Kekal
Masa kempen minima 21 hari
Akses media yang bebas dan adil
Kukuhkan Institusi awam
Hentikan rasuah
Hentikan politik kotor
3. Cubaan mengaitkan kempen Bersih 2.0 dengan perjuangan komunis dan pula mendapat pembiayaan dari pihak asing adalah satu percubaan jahat dan tidak berasas. Masakan komunis menyokong perjuangan pemulihan demokrasi yang digerakkan Bersih 2.0.
4. Menuduh tanpa bukti. Pastinya panik menyaksikan kebangkitan rakyat biarpun secara aman. Biarpun tidak keseluruhan namun, jumlah rakyat yang bangkit menolak dan membantah adalah jumlah yang membuatkan kuasa pemerintahan mereka tergugat andainya mereka rela untuk dihitung oleh rakyat.
5. Terpaksa mengekalkan undi pos sebagai tali hayat untuk kekal memerintah. Keupayaan kerajaan sangat terhad untuk memerangi rasuah yang telah membarah dalam parti.
6. Tuntutan lapan perkara yang dibawa oleh Bersih 2.0 akan terus menghantui. Menjadikan kerajaan hilang rasional lantas menggunakan pihak keselamatan untuk tradisi membelasah rakyat sendiri. Menangkap individu yang memakai baju kuning bertulis Bersih 2.0 dengan tertera pula lapan tuntutan.
7. Tuntutan lapan perkara ini akan terus diratib oleh rakyat sehinggalah kerajaan dan seluruh agensinya yang berkenaan akur dan bersedia untuk pilihanraya yang adil, telus dan saksama. Kita masih komited dengan kaedah "muwajahah silmiah" iaitu persaingan secara aman tanpa kekerasan dan senjata. Namun padang mestilah sama rata dan peraturan pula adil dan telus.
8. Bersih 2.0 tidak digerakkan untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN dengan kekerasan sebagaimana apa yang dilakukan oleh mereka ke atas rakyat dengan menimbulkan huru hara dan kacau bilau yang menggugat keamanan serta ketenteraman awam.
9. Bersih 2.0 hanya menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang bersih dan bersedia untuk bersaing dengan UMNO dan BN dalam sistem yang adil, telus dan saksama.
Tiada lagi penafian hak bersuara dengan memastikan akses media yang adil dan bebas serta tiada lagi pelanggaran hak memilih dengan mereformasikan undi pos.
10. Jika UMNO dan BN mengapong diri dengan kempen 1 Malaysia, Pakatan Rakyat memobilisasi rakyat dengan Bersih 2.0 yang akan terus kekal momentumnya biarpun berdepan dengan pelbagai tindakan yang tidak bertamadun.
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan
Wednesday, July 20, 2011
Kenapa saya menyokong Bersih 2.0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment