Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan video perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu untuk ditayangkan stesen televisyen di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini hanya RTM bersetuju menerima tawaran ini dan sudah menayangkannya.
"Jika ada stesen televisyen lain yang ingin menayangkan video itu, kita sedia menyerahkan video ini untuk ditayangkan. Sebenarnya, klip video ini juga kini boleh dilihat di laman web PDRM.
"Kita berterima kasih kepada RTM kerana sudah menyiarkan klip video sebenar apa yang berlaku pada perhimpunan 9 Julai lalu.
"Kita mengharapkan dengan ditayangkan klip video ini masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan sebenar apa yang berlaku pada hari tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh perbarisan tamat latihan perdana perajurit muda dan konstabel polis siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson hari ini.
Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat Datuk Zulkifli Zainal Abidin.
Khalid berharap dengan penayangan klip video itu tidak ada lagi pihak yang membuat tuduhan, tomahan dan andaian bahawa polis berlaku ganas dan zalim kepada mereka yang berhimpun secara di ibu negara pada 9 Julai lalu.
- Bernama
Hanya RTM setuju siar video himpunan BERSIH polis - MalaysiakiniTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini hanya RTM bersetuju menerima tawaran ini dan sudah menayangkannya.
"Jika ada stesen televisyen lain yang ingin menayangkan video itu, kita sedia menyerahkan video ini untuk ditayangkan. Sebenarnya, klip video ini juga kini boleh dilihat di laman web PDRM.
"Kita berterima kasih kepada RTM kerana sudah menyiarkan klip video sebenar apa yang berlaku pada perhimpunan 9 Julai lalu.
"Kita mengharapkan dengan ditayangkan klip video ini masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan sebenar apa yang berlaku pada hari tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh perbarisan tamat latihan perdana perajurit muda dan konstabel polis siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson hari ini.
Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat Datuk Zulkifli Zainal Abidin.
Khalid berharap dengan penayangan klip video itu tidak ada lagi pihak yang membuat tuduhan, tomahan dan andaian bahawa polis berlaku ganas dan zalim kepada mereka yang berhimpun secara di ibu negara pada 9 Julai lalu.
- Bernama
No comments:
Post a Comment