BEIJING: Pihak berkuasa China telah memohon maaf selepas para peguam diberitahu supaya jangan membantu tanpa kebenaran mangsa nahas kereta api laju baru-baru ini memfailkan saman, menurut media milik pemerintah.
Notis itu dan permohonan maaf yang menyusulinya menunjukkan pihak berkuasa negara komunis itu lebih khuatir tentang kemungkinan kes tersebut menjadi satu isu undang-undang berprofil tinggi, walaupun pihak mahkamah China biasanya tidak bebas.Firma guaman di Wenzhou, bandar di bahagian timur China, dekat tempat nahas kereta api laju itu pada 23 Julai lalu, telah mendapat 'kenyatan penting' itu atas nama-nama Biro Kehakiman dan Persatuan Peguam tiga hari selepas nahas itu, lapor agensi berita Xinhua News kelmarin.Para peguam tidak seharusnya menangani kes tanpa diberi izin kerana 'nahas itu isu sensitif besar mengenai kestabilan sosial', kata Xinhua.Kenyataan itu berkata sebaik saja penumpang yang cedera dan keluarga mereka yang terbunuh meminta bantuan guaman, para peguam harus melaporkannya kepada biro kehakiman dan persatuan peguam, menurut laporan itu.Namun, biro kehakiman bandar itu, yang menyelia firma guaman, menafikan ia mengeluarkan notis itu selepas berlaku bantahan di Internet, sambil menuding jari ke arah persatuan peguam yang menurutnya mengeluarkan notis itu atas namanya.Dalam nahas itu, sekurang-kurangnya 40 orang mati dan 190 cedera apabila sebuah kereta api laju merempuh sebuah lagi selepas enam gerabaknya tergelincir dari landasan. Pegawai perkhidmatan rel menyalahkan faktor kelemahan reka bentuk dalam peralatan isyarat dan kesilapan manusia bagi nahas itu.Nahas tersebut menyebabkan kemarahan awam dan dilihat sebagai isyarat masalah pembangunan terlalu pesat perkhidmatan kereta api laju di China.Perdana Menteri China, Encik Wen Jiabao, dalam satu sidang akhbar yang jarang dilakukan Khamis lalu berkata pihaknya sedang menyiasat nahas itu dan akan menghukum mereka yang bertanggungjawab.Namun sejauh ini belum ada saman dipercayai telah difailkan berhubung nahas itu. -- AP.
http://cyberita.asia1.com.sg

No comments:
Post a Comment