Monday, August 1, 2011

Mahathir pun boleh tertipu? hebat sungguh 'towkay' besar ini?



Pada 29 Julai 2010, Dr Ling Liong Sik didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah. [sumber .][sumber .]

Seseorang calon pilihanraya perlu dipilih oleh rakyat dalam sesuatu pilihanraya (kecil atau umum) untuk menjadi wakil rakyat samada ADUN atau Ahli Parlimen.

Setelah menang, maka parti yang diwakili berhak memilih sesiapa untuk disyorkan kepada DYMM Seri Paduk Baginda Yang diPertuan Agong sebagai Menteri Kabinet atau kepada Duli Yang maha Mulia Sultan sebagai EXCO.

Dalam kes di atas, jikalau 'towkay' besar itu dikatakan menipu Jemaah Menteri itu bermakna juga dia menipu rakyat jelata sekiannya, kerana rakyatlah yang memilih beliau dan juga Jemaah Menteri......rakyat sentiasa ber'korban' berjuta-juta malah berbillion-billion ringgit untuk di tipu oleh sang penipu......alahai.....bila lagi rakyat akan celik sepenuhnya kedua-dua biji mata angerah Allah supaya tidak lagi di 'silau' oleh kilauan ringgit oleh sang penipu.

Dalam congak matematik mudah......kalau dia menipu rakyat dan Kabinet.....ini membawa makna ia menipu semua orang dan semua peringkat dalam hiraki pemerintahan Malaysia.....hebat tu.

Semua orang tahu zaman si-'towkay' besar ini kononnya 'menipu' seperti dalam pertuduhan, adalah zaman Perdana Menteri yang terkenal se antero dunia. Ketajaman pemikiran serta kelicikan ber'politik' membuat kawan dan lawan sukar untuk 'kelecek'nya. Siapa yang tidak kenal Mahathir.....dari Tok Imam Felda hingga ke penarik pukat ikan.....kalau tanya anak-anak Tadika KEMAS...serentak dan sepantas kilat mereka menyebut akan Mahathir.

Tengok bagaimana Ku Li ter'buang' untuk satu jangka waktu dari 'jeriji besi' umno di zamannya......saksikan bagaimana Anwar terpelanting dari lantai 'anjal umno'.

Ini semua nak menggambarkan bahawa bukan sesenang ABC untuk untuk seseorang 'kelecek' 'shrewd-tactician' seperti manusia bernama Mahathir ini berpolitik.

Persoalannya......bagaimana mungkin si-'towkay' besar ini terlepas dari saringan.....bagaimana mungkin Mahathir tertipu olehnya.....bagaimana mungkin Mahathir tidak aware langsung akan gerak-geri si-'towkay' besar ini?

Di dalam politik ala-ala BN, terkadangkala hukum logik boleh terpakai.....tapi terkadangkala ia di luar batasan logik.

al-brangionline:

Walau apapun......itulah 'teladan' pemerintahan umno/BN.....ia amat sinonim dengan juta-juta.....billion-billion.....satu angka di mana 'calculator' berjenis 'cikai' akan keluar 'error' bila menekannya.
http://al-brangionline.blogspot.com

No comments:

Post a Comment