OSLO: Anders Behring Breivik merancang lebih banyak serangan selain letupan bom dan tembakan yang membunuh 77 orang di Norway baru-baru ini, kata pendakwa raya polis, Encik Paal-Frederik Hjort Kraby.
'Dia mahu melakukan lebih banyak lagi, itu yang kami tahu. Tetapi apakah dia mahu melakukan itu pada hari sama atau pada waktu lain, kami tidak tahu dengan pastinya,' kata Encik Hjort Kraby kepada agensi berita AFP lewat kelmarin.Media Norway melaporkan Behring Breivik, seorang pelampau berhaluan kanan yang mengaku bertanggungjawab ke atas dua serangan itu, juga merancang serangan ke atas istana diraja dan ibu pejabat Parti Buruh yang memerintah negara itu.Walaupun belum jelas sama ada dia bertindak sendirian atau bersama 'sel-sel lain', sebagaimana didakwanya selepas ditangkap, polis kelihatannya lebih condong percayai senario pertama.Encik Hjort Kraby ditanya apakah Behring Breivik ada bercakap kepada penyiasatnya tentang rancangannya yang tersilap.'Dia pernah berkata bahawa dia sendirian, dan bahawa kerana dia sendirian, isu logistik, hal kereta dan pengangkutannya, menjadi lebih sukar, dan dia memberitahu kami itu sebabnya hal itu mengambil masa lebih lama dari yang dijangkanya,' kata Encik Hjort Kraby.Behring Breivik menyimpan wang buat beberapa ketika bagi membiayai tindakannya itu, tambah beliau.'Dia pernah berkata dia membiaya semua ini sendirian, dia telah bekerja keras menyimpan wang untuk digunakan bagi tindakannya itu,' kata Encik Hjort Kraby.'Dan sememangnya ini sesuatu yang sedang kami periksa, dengan meneliti harta miliknya dan akaun-akaun banknya,' tegasnya.Behring Breivik, yang mengaku bertanggungjawab tetapi enggan mengaku bersalah, bekerjasama sepenuhnya dengan polis sepanjang siasatan, menurut Encik Hjort Kraby.'Dia sungguh tenang dan sungguh bersedia bercakap, jadi dari sudut siasatan, ia amat baik sekali,' kata beliau sambil menambah pihaknya belum selesai menyiasat dan 'tidak mempunyai semua jawapannya'. -- AFP.
http://cyberita.asia1.com.sg
No comments:
Post a Comment