OSLO 31 Julai - Lelaki fanatik Kristian berhaluan kanan, Anders Behring Breivik (gambar) yang mengaku mendalangi serangan pengganas di Norway pada minggu lepas, menuntut pembubaran kerajaan sebagai pertukaran kerjasamanya untuk menyalurkan maklumat, lapor media NRK memetik sumber pihak polis.Dalam laporan berasingan, akhbar Aftenposten berkata, Breivik tersangkut dalam kesesakan trafik pada 22 Julai lalu, sekali gus memaksa dia meletupkan bom yang diletakkan di pejabat kerajaan di Oslo sejurus selepas kebanyakan pejabat ditutup ekoran cuti hujung minggu.
Breivik mengaku dia bertanggungjawab dalam serangan bom pada hari Jumaat itu, yang menyebabkan lapan orang terbunuh, dan disusuli dengan serangan tembakan di berhampiran Pulau Utoya yang meragut nyawa 69 orang.
Dia kini menjalani pemeriksaan tahap gangguan mentalnya.
Laporan awal menyatakan Breiveik sebelum ini merancang untuk mengebom istana di Olso dan ibu pejabat parti pemerintah, Parti Buruh.
Kebanyakan mangsa yang terkorban di Utoya merupakan ahli sayap belia Parti Buruh, Liberal Muda yang menghadiri perkhemahan musim panas.
Sementara itu, perkhemahan belia Liberal Muda tetap diadakan sejak kejadian serangan berkembar tersebut, namun pihak polis ditempatkan untuk mengawasi kawasan perkhemahan tersebut.
Ia adalah kali pertama perkhemahan parti politik yang diadakan sejak Breivik melakukan serangan di Pulau Utoya pada minggu lepas, tatkala kira-kira 650 ahli sayap belia Liberal Muda berkumpul untuk perbahasan polisi berhaluan kiri dan berseronok. - dpa/REUTERS
http://www.utusan.com.my

No comments:
Post a Comment