Monday, August 1, 2011

Tazkirah ringkas : Larangan Menyokong Puak Yang Mungkar -UMNO



Firman Allah dalam Surah al-`An`am, ayat 68 : Maksudnya : Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).
Kata al-Qadi Abu Bakr Ibn al-`Arabi: “Ayat ini adalah dalil bahawa tidak dihalalkan duduk bersama ahli mungkar”
Duduk bersama golongan munkar tidak dibenarkan apatah lagi menyokong, membantu dan menolongnya.
Firman Allah dalam Surah an-Nisa` ayat 140: Maksudnya:Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.
Kata al-Imam al-Qurtubi dalam menafsirkan ayat ini: “Ayat ini menjadi dalil wajibnya menjauhi ahli maksiat apabila jelas kemungkaran mereka. Ini kerana sesiapa yang tidak menjauhi mereka bererti redha dengan perbuatan mereka.” Katanya lagi: “Firman Allah إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ (kalau demikian, kamu sama seperti mereka) sesiapa yang duduk dalam majlis maksiat (menderhakai Allah) dan tidak membantahi mereka maka dia menanggung dosa yang sama seperti mereka.Maka hendaklah dia membantah mereka sekiranya mereka bercakap dan melakukan maksiat. Sekiranya dia tidak mampu untuk membantahi mereka maka hendaklah dia meninggalkan mereka supaya tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat ini
Sesiapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang melakukan kejahatan dan kezaliman serta MEMPERMAINKAN ayat-ayat Allah, maka sesungguh dia sama-sama menanggung DOSA dengan pemimpin tersebut. Mungkin dia berkata, saya tidak menzalimi orang lain, atau MEMPERSENDAKAN agama tetapi sekadar menjadi ahli biasa parti sahaja, sedangkan pemimpinnya zalim dan jahat maka dia turut menanggung dosa.
Contoh MEMPERMAINKAN/MEMPERSENDAKAN agama seperti :
(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitive (Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan
"Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". (Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
Dan banyak lagi contoh2 mempersendakan hukum Islam dan sunnah nabi yang sama dgnnya yg pernah diucap juga digambarkan melalui perbuatan yang sebenarnya ini boleh merosakkan akidah Islam (MURTAD).
Sebagaimana Didalam kitab “nawaqid Al-Islam” karangan Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, merupakan bekas mufti kerajaan Saudi Arabia:
“barangsiapa marah akan sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah SAW, walaupun dia beramal dengannya, maka dia adalah kafir. Ini disandarkan kepada firman Allah “Yang demikian itu adalah karena Sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka” (Surah Muhammad : 9)” (nawaqid Al-Islam : m.s 3)
“barangsiapa yang mempermain-mainkan (mempersenda-sendakan) sedikit dari agama Rasulullah SAW, atau dari pahalanya atau dari azabnya, maka telah kafirlah ia. Dan dalilnya adalah firman Allah : Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman” (Surah At-Taubah : 65-66)” (Nawaqid Al-Islam : m.s 3)
“barangsiapa beri’tiqad bahawa sesungguhnya setengah manusia mempunyai ruang untuk keluar dari Syariah Muhammad SAW, maka dia adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah : “barangsiapa yang mencari lain dari islam sebagai agama, maka tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat daripada kalangan orang-orang yang rugi” (Surah Al-Imran : 85)” (Nawaqid Al-Islam : m.s 3)”
Sebagaimana yg kita maklum, Aqidah Islam boleh terbatal sama ada melalui kata-kata, perbuatan atau iktikad (hati). Maka bila terlanjur (secara jahil atau senganja) sebagaimana MEMPERSENDAKAN AGAMA seperti diatas maka dinasihati untuk bertaubat kepada Allah yg Maha Pengampun selepas mengetahui ianya amat jelas merosakkan aqidah Islam jika masih mempertahankan kejahilan boleh membawa kepada MURTAD.
Sebagaimana pendapat Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali bin ‘Ali menyatakan, “tidak ada khilaf diantara orang-orang islam, bahawa sekiranya seorang lelaki yang telah menzahirkan keingkarannya terhadap perkara wajib yang zahir dan mutawatir, dan perkara haram yang zahir dan mutawatir dan seumpama dengannya, maka hendaklah disuruh dia bertaubat. Jika dia bertaubat, (maka terimalah taubatnya), sekiranya mereka tidak (bertaubat), maka hendaklah dibunuh disebabkan mereka adalah KAFIR DAN MURTAD” (Muhazzab Syarh Al-Aqidah At-Tahawiyyah : m.s 232)
Firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 66-67 Maksudnya : Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
Demikianlah halnya ahli neraka yang dahulu menjadi pengikut setia para pemimpin yang melanggari ajaran Allah dan RasulNya. Mereka yang taat dan terus setia sehingga akhirnya mereka dihumbankan ke dalam neraka.
Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113: Maksudnya:Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
http://1rakyat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment