Menurut ustaz yang berasal dari Pettani itu dia telah dipanggil untuk mengesan jin dalam tubuh Najib. Dalam pengesanannya ia menunjukkan bahawa Najib telah digoda ataupun diganggui oleh jin. Keadaan atau serangan jin ini menyebabkan Najib jadi hilang tumpuan dan kurang bertenaga (spritual). Najib juga yang sememangnya lemah lembut menjadi macam keduguanan saja.
“Banyak jin dalam tubuh Najib, tapi kita dah tarik keluar,” begitu kata ustaz berkenaan. Katanya semasa dia merawat Najib secara Islam itu mulut Najib juga berdarah. Saya cuba tanya ustaz itu jin-jin itu angkara siapa? Ustaz itu enggan memberi tahu, tetapi tersenyum seakan memberi tafsiran berat untuk beliau lafazkan.
Selain itu dakwa ustaz itu beliau turut mengesan dan memeriksa pejabat Najib di kementerian kewangan. Katanya di pejabat itu penuh dengan jin. Bila saya tanya siapa punya angkara, menghantar jin-jin itu ke pejabat kewangan, ustaz itu memberi tahu ia dilakukan oleh berbagai jenis manusia. Paling banyak ialah mereka yang cuba melemahkan Najib untuk memberikan mereka projek. Oh...!
“Jin itu masih banyak,” kata ustaz berkenaan sambil menyatakan dia akan dipanggil lagi untuk merawat Najib dari diganggu jin. Sebenarnya cerita ustaz rawat Najib ini terdedah secara tidak sengaja. Ketika dia menunjukkan gambar-gambar pembangunan sekolahnya saya ternampak ada gambar Najib bersamanya. Melihat ini menyebabkan saya bertanya dan ustaz menjawab dia ke rumah Najib. Baca sepenuhnya di msomelayu.
No comments:
Post a Comment