Friday, September 9, 2011

Penyanyi Marsha dilapor tidak sedarkan diri lepas telan pil berlebihan

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Malaysia, Marsha Milan Londoh, dilaporkan tidak sedarkan diri setelah terjatuh di rumah, dipercayai selepas mengambil pil berlebihan.
Marsha dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.Akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) semalam memetik satu sumber sebagai berkata Marsha sedang menerima rawatan di wad trauma dan kecemasan di pusat perubatan itu.'Marsha dihantar oleh seorang wanita dalam keadaan lemah dan hasil pemeriksaan awal mendapati dia menelan sebanyak 30 biji pil,' kata sumber itu.'Dia kini di bawah pengawasan doktor di wad trauma dan kecemasan serta tidak bersedia menerima sebarang pelawat,' tambahnya.Sumber itu berkata doktor belum dapat mengesahkan jenis pil yang ditelan oleh Marsha, finalis rancangan Akademi Fantasia (AF) musim ketiga di Malaysia.Bekas pengurus Marsha, Cik Syada Fiza, mengesahkan penyanyi itu dimasukkan ke hospital tetapi menafikan beliau cuba membunuh diri.'Marsha memang sering sakit dan ada kala dia tidak dapat menerima undangan persembahan disebabkan faktor kesihatannya itu,' kata Cik Syada.Penyanyi yang terkenal dengan imej seksi itu pernah menggemparkan industri hiburan dengan berita perkahwinannya yang diadakan secara tertutup di Kepong Jun lalu.Namun, berita itu hanya gimik bagi pembikinan video klip terbarunya.Dalam temu bual khas dengan BHM beberapa bulan lalu, Marsha, yang bakal genap 26 tahun pada 6 Disember ini, menafikan dakwaan bahawa dia ligat menjaja diri menggunakan pengaruhnya dan menjadi pelacur kelas atasan secara sambilan.


No comments:

Post a Comment