Thursday, December 22, 2011

SPRM bentuk pasukan khas tumpu isu NFC

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membentuk satu pasukan khas yang diketuai Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali bagi memberi penumpuan khusus kepada keseluruhan kes berkaitan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan pengumpulan bukti dan keterangan telah bermula sejak isu berkenaan dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010.
SPRM turut mengesahkan bahawa menerima aduan terbaru berhubung kes berkenaan dan sebahagian besar daripada isu yang dibangkitkan dalam aduan terbaru itu sudah pun diambil tindakan sewajarnya.
"Suruhanjaya ini memandang serius semua aduan rasuah yang dibuat dan mengambil tindakan tegas tanpa rasa takut atau memihak," katanya.

Suruhanjaya itu berkata bagaimanapun ia tidak boleh mendedahkan butiran siasatan yang sedang dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 29 (4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Semua pihak diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dengan tidak mempolitikkan isu ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga boleh menjejaskan tindakan SPRM," katanya. - BERNAMA
Berita Harian Online | SPRM bentuk pasukan khas tumpu isu NFC:

No comments:

Post a Comment