KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata adalah tidak benar bahawa Ahli Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali telah digugurkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya umum akan datang.
"Kita baru sahaja di peringkat menerima cadangan dari negeri mengenai siapa yang akan menjadi calon, bagaimana pula Dr Hasan boleh digugurkan?. Ia tidak benar," katanya hari ini.
Sambil menyifatkan sebarang kenyataan sebelum ini mengenai Hasan sebagai pandangan peribadi pihak tertentu, Tuan Ibrahim berkata pemilihan calon parti itu belum muktamad.Beliau juga berkata Pas setakat ini telah menerima nama-nama yang dicadangkan sebagai calon dari beberapa negeri.
"Semua negeri pun belum sahkan lagi (calon mereka)...nak dekat Parlimen dibubarkan, barulah kita muktamadkan siapa yang akan bertanding.
"Setiap negeri biasanya akan menghantar dua atau tiga nama calon di peringkat Parlimen dan dua atau tiga nama calon di peringkat Dewan Undangan Negeri," katanya.
Mengenai hasrat PAS Kelantan untuk mengurangkan calon luar bertanding di negeri itu, Tuan Ibrahim berkata ia adalah sekadar cadangan.
"Kalau di negeri itu ada beberapa nama yang dia rasa baik, maka dia boleh mencadangkan nama orang itu sebagai calon kepada PAS Pusat. Kita tidak ada masalah untuk menerimanya," katanya. - BERNAMA
Berita Harian Online | Tak benar Hasan Ali digugurkan: Ketua Penerangan PAS:"Kita baru sahaja di peringkat menerima cadangan dari negeri mengenai siapa yang akan menjadi calon, bagaimana pula Dr Hasan boleh digugurkan?. Ia tidak benar," katanya hari ini.
Sambil menyifatkan sebarang kenyataan sebelum ini mengenai Hasan sebagai pandangan peribadi pihak tertentu, Tuan Ibrahim berkata pemilihan calon parti itu belum muktamad.Beliau juga berkata Pas setakat ini telah menerima nama-nama yang dicadangkan sebagai calon dari beberapa negeri.
"Semua negeri pun belum sahkan lagi (calon mereka)...nak dekat Parlimen dibubarkan, barulah kita muktamadkan siapa yang akan bertanding.
"Setiap negeri biasanya akan menghantar dua atau tiga nama calon di peringkat Parlimen dan dua atau tiga nama calon di peringkat Dewan Undangan Negeri," katanya.
Mengenai hasrat PAS Kelantan untuk mengurangkan calon luar bertanding di negeri itu, Tuan Ibrahim berkata ia adalah sekadar cadangan.
"Kalau di negeri itu ada beberapa nama yang dia rasa baik, maka dia boleh mencadangkan nama orang itu sebagai calon kepada PAS Pusat. Kita tidak ada masalah untuk menerimanya," katanya. - BERNAMA
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment