2012/01/16
PARIT BUNTAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung poster wajahnya yang dipasang di kawasan Masjid Tinggi, Bagan Serai di sini, dibakar pihak tidak bertanggungjawab pagi semalam. Beliau berkata, tindakan pihak tersebut kemungkinan disebabkan kemarahan mereka terhadap perjuangannya untuk membela serta memperjuangkan nasib rakyat supaya sayang dan kasih kepada Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, ketika bertemu Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai, Sharudin Ahmad, pada majlis itu, beliau berkata laporan polis berhubung perkara itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Kerian. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment