Sunday, May 13, 2012

Anwar: Pakatan mahu 'angkat' Najib ketua pembangkang

Datuk Seri Anwar Ibrahim
HULU SELANGOR - "Kita perintah bukan sebab saya masuk penjara atau mahu (Datuk Seri) Najib masuk penjara, tidak. "Kita perintah, kita mahu angkat Najib sebagai ketua pembangkang Parlimen Malaysia, itu saja." Demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 6,000 penyokong beliau terdiri daripada kaum India, yang hadir pada program Demi Rakyat, Selamatkan Malaysia di Bukit Beruntung dekat sini malam tadi.

Anwar berkata, apabila Najib menjadi ketua pembangkang mudah bagi beliau memperlihatkan bagaimana menguruskan sumber kewangan negara dengan baik sehingga mampu melaksanakan apa yang beliau janjikan selama ini iaitu penurunan harga minyak, pendidikan percuma dan pembatalan kutipan tol.

Menurutnya, PR mampu melaksanakan janji tersebut kerana kerajaan mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan kaedah pengurusan yang betul dan yakin negara tidak mungkin bankrup.

“Orang tanya, Anwar, apa pasal mahu ambil Putrajaya? Sebab negara ini kaya tapi rakyat miskin. “Kita (akan) umum minyak turun, sekolah percuma, tol batal. Saya mahu jawab macam mana ini boleh dilaksanakan kerana saya duduk Menteri Kewangan lapan tahun. Najib kata bankrup. Dia tak boleh kira, dia kena jadi ketua pembangkang,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Anwar turut menyatakan antara hasrat PR memerintah adalah untuk memperlihatkan amalan pemerintahan adil kepada parti MIC, yang selama dikatakan pembela utama kaum India di negara ini.

Menurutnya, MIC juga perlu ditunjukkan bagaimana kaedah pemerintahan yang adil tanpa unsur rasuah.

“Kita perintah bukan mahu pukul MIC, tapi kita mahu tunjuk MIC apa itu keadilan. Jangan rasuah,” katanya.

Anwar turut menegur Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanthan berhubung kelantangannya di Parlimen yang disifatkan kebudak-budakan dan tidak menghormati ahli dewan.

Menurut Anwar, Kamalanthan tidak seperti pemimpin MIC lain yang dianggap lebih menghormati orang dan beliau menasihatkan Ahli Parlimen berkenaan supaya tidak bersikap sedemikian.

Dalam pada itu, beliau berkata, rakyat harus segera membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jika tidak, katanya, rakyat perlu menunggu lagi empat atau lima tahun untuk mengubah kerajaan dan terpaksa berada dalam pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang rasuah, bongkah dan kuasa zalim.
Terdahulu, program anjuran sepenuhnya ahli perniagaan Datuk Dr K Ramachandran itu turut dihadiri, Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar dan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Mohamed Nazar Yakin.
Anwar: Pakatan mahu 'angkat' Najib ketua pembangkang - Politik - Sinar Harian:
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment