Dr Mohd Puad Zarkashi |
SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai tidak berseloroh apabila menyebut ‘saya berasa mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok’ yang membayangkan hasratnya mahu membubarkan Parlimen dalam masa terdekat.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi percaya, Perdana Menteri sememangnya bermaksud sekarang adalah masa yang sesuai untuk PRU13 diadakan berikutan momentum sokongan Barisan Nasional (BN) yang sedang meningkat.
“Saya percaya, beliau yakin sekarang adalah masa yang sesuai. Apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib memang ke arah itu (mahu menghadap Agong) menunjukkan PRU13 sudah dekat,” katanya.
Mohd Puad berkata, fenomena ‘gelombang merah’ yang melanda Bukit Jalil pada malam itu dengan kehadiran lebih 100,000 ahli Umno tentunya meyakinkan Najib bahawa sekarang adalah masa untuk PRU13 diadakan
Seorang lagi ahli MT Umno, Datuk Ir Idris Haron, sama ada Perdana Menteri bergurau ataupun serius, ia perlu diterima secara serius oleh semua ahli parti.
“Memang sudah dekat. Kita tunggu sahaja masa untuk Perdana Menteri umumkan (pilihan raya) secara rasmi.
“PM sudah bekerja keras dalam banyak hal terutama dalam pembangunan negara, dan saya percaya beliau sememangnya bermaksud mengenai apa yang disebutkannya kerana beliau yakin dengan pencapaian kerajaan hari ini,” katanya.
Menghadap Agong: Najib tidak berseloroh - Politik - Sinar Harian:
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment