Sumber: http://
Aku sebenarnya cuba untuk ambil yang positif terlebih dahulu bila melibatkan kesilapan dalam sesetengah artikel yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan tapi tak berjaya sebabnya:
Sememangnya kesilapan boleh berlaku tapi kalau kerap berlaku itu apa? itu maksudnya memang sengaja buat silap!
Bila aku teliti balik sesetengah orang yang mengeluarkan notis saman ke atas Utusan sebenarnya memberi peluang kepada Utusan untuk memohon maaf tetapi Utusan buat tak tahu pula. Aduihh peliknya, sanggup kena saman dari minta maaf.
Kat bawah ni antara kesilapan-kesilapan yang yang dilihat seakan-akan disengajakan. Aku ambil sikit je sebab malas nak tulis panjang-panjang.
Melibatkan Saman Fitnah
Mahfuz Menang RM120,00 - Tajuk Artikel "Demonstrasi-Mahfuz"
Guan Eng Menang RM200,000 - Tajuk Artikel "Kebiadaban Guan Eng"
Khalid Samad Menang RM60,000 - Tajuk Artikel "Zulkifli Bidas Pak Janggut"
Guan Eng Menang RM200,000 (Kali Ke-2) - Tajuk Artikel "DEB Guang Eng Berdegil"
Dato Seri Anwar Ibrahim Mengemukakan Notis Saman RM50 Juta Atas Tuduhan Menghalalkan Homoseksual
Guan Eng Mengemukakan Notis Saman Kali ke-3 Ke Atas Utusan Atas Tuduhan Menjual Maklumat Rahsia Negara
Lain-Lain
Menggunakan gambar mumia firaun untuk artikel "Jenazah Wanita Masih Utuh, Berbau Wangi" (Berlaku di Indonesia)
Mengeluarkan artikel bertajuk "Senator anti-Islam Pantau Bersih 3.0". Senator bebas tersebut dari Selatan Australia, Xenophon. (Utusan tarik balik pertuduhan ini dan memohon maaf)
Menggunakan gambar sebuah bank HSBC di Jalan Gaya, Kota Kinabalu dalam Artikel "Kiulu Nikmati Limpahan Merdeka" bagi mengambarkan kemewahan di Pekan Kiulu.
Artikel yang bertajuk "Isu Mahasiswa Koyak Bendera:Saifudin Serah Kepada Polis", yang sebetulnya ialah menurunkan bendera bukan mengoyak.
Parti DAP menuntut Utusan memohon maaf ke atas artikel yang bertajuk "Penguguran Hassan Ali diSambut Baik DAP"
Prof Dr Abdul Aziz Bari Mengambil Tindakan Undang-Undang Atas Tuduhan Derhaka dan Kurang Ajar Kepada Sultan.
Writ Saman Yang Ditolak Mahkamah (Masalah Prosedur)
Saman Dari Mat Sabu Ke Atas 3 Artikel Yang Mengambarkan Belia Menyokong Komunis.
p/s: Kalau nak lebih detail boleh google dan sumber di atas adalah kebanyakan dari akbar online dan kesimpulan yang dibuat selepas perbandingan yang dibuat antara akhabar-akhbar.
P/s: Bagi Admin PTB perkara ini memang benar
No comments:
Post a Comment