Pasca Al Ikhwan Al Muslimin Syria memerangi rejim Bashar Al Assad, pertempuran kumpulan pembebasan Syria sudah menembusi kota Damsyik. Tentera pro Al Assad sendiri sudah mengerahkan kereta kebal dan helikopter secara total untuk membendung arus perlawanan dari kerjasama kumpulan Mujahidin dan rakyat awam Syria.
Kumpulan pembangkang sudah menjalankan operasi Damsyik. Operasi ini adalah tindakan serangan total terhadap sasaran rejim Al Assad dan sekatan jalan utama di seluruh negara.
Operasi perlawanan yang disebut oleh Al Ikhwan Al Muslimin ini sebagai operasi penentuan, merupakan titik kemenangan dari puncak perlawanan kumpulan pembangkang untuk menjatuhkan rejim Al Assad.
Sementara itu perdamaian dari utusan PBB Kofi Annan mencari jalan buntu. Perbezaan pendapat antara kumpulan pembangkang yang terlanjur tidak boleh memaafkan atas 17.000 korban awam yang dibantai Bashar Al Assad sejak konflik bermula pada Mac 2011 ini, semakin meruncing dengan sikap Vladimir Putin yang akan melawan setiap campur tangan international untuk menjatuhkan Bashar Al Assad.
Kekerasan terus menyebar di seluruh Syria. Secara terancang tentera pembangkang telah menembus Damsyik. Saksi mata mengatakan, Rabu (18/7/2012) awal pagi hari ini Tentera Bashar Al Assad mengerahkan kekuatan penuh untuk menghalang perlawanan yang semakin menembusi ke tengah-tengah Damsyik.
Perlawanan yang bermula dari Baghdad Street, menembus ke bandar Homs. Hingga saat ini roket-roket Al Assad dari helikopter terdengar di sepanjang Sabaa Bahrat yang merupakan pusat para pendukung Al Assad. Bahkan kumpulan pembangkang juga menyerang dari sisi barat kota Midan, Barzeh, Qaboun, hingga daerah Nahr Eisha.
Sementara itu masyarakat international masih membimbangkan kemungkinan. Ada satu senjata terakhir yang belum digunakan Al Assad, iaitu senjata kimia yang mempunyai kesan pemusnah besar-besaran.
Namun kesemuanya itu tidak membuat gentar kumpulan pembangkang untuk terus menembus masuk mengejar Al Assad hingga ke kediamannya di Presidential Palace, di hujung kota tempat Masjid Umawi pernah dibebaskan oleh Shahaludin alayubi dalam sejarah.
"Adalah mustahil itu terjadi di Syria, jika Bashar Al Assad rela melepaskan jawatannya kerana intevensi politik. Dia hanya boleh digulingkan dengan perlawanan (jihad)," jelas Nawaf Fares, salah seorang tokoh pembangkang kepada AFP. *
No comments:
Post a Comment