Jika seseorang itu tahu betapa hebatnya kuasa doa, dia tidak akan berhenti berdoa walau memerlukan dia sepanjang masa menadah tangan sambil berkata "Ya Rabb!".
Doa As-Syahid Hasan Al-Banna yang mahu melihat kemenangan dakwah yang dibawanya hanya dimakbulkan setelah lebih 80 tahun. Doa As-Syahid Abdul Qadir Audah yang mahu kerajaan taghut tumbang hanya dimakbulkan setelah 54 tahun. Hanya setelah 80 tahun baru wujud seorang ketua negara dari Ikhwan Muslimin pd hari ini iaitu Dr.Mursi. Tidak pernah terbayang di benak fikiran generasi terdahulu yg mengasaskan Ikhwan, perjuangan mereka dibantu oleh Allah hingga ke tahap ini.
Tempoh dan waktu bukan persoalan, yang pasti Allah berjanji akan memakbulkan. Bila? Itu bukan urusan kita sbg hamba. Tugas kita hanya perlu berdoa dan kemudian berserah.
Kenapa kita harus malas untuk berdoa?
Via: Ustaz Abdul Malik
—
No comments:
Post a Comment