Wednesday, July 4, 2012

Isu RM1 bilion: Selangor saman MCA

Isu RM1 bilion: Selangor saman MCA:


Harakahdaily,04 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap MCA yang membuat tuduhan kerajaan negeri melakukan penyelewengan RM1 bilion berkaitan Talam Corporation Bhd (Talam).

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik Kerajaan Selangor.

"Sehubungan itu, kita tidak akan membuat apa-apa ulasaan buat masa ini demi untuk tidak menganggu proses perundangan kelak," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong sebelum ini mendakwa kerajaan negeri terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion dan ia dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam.

Beliau juga mendakwa penyelewengan berlaku dalam dua bentuk iaitu membabitkan pembelian ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ke mana peruntukan RM392 juta yang diluluskan pada 2009 dibelanjakan.

No comments:

Post a Comment