CHANGLUN - Seorang wanita kurang upaya (OKU) yang menderita masalah rabun kronik dan sakit kulit berterusan kerana gagal mendapatkan rawatan di hospital akibat tidak memiliki kad pengenalan.
Zainab Ali, 50, terkilan kerana walaupun beberapa kali mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kubang Pasu, namun hampa kerana ditolak setelah didakwa tidak lengkap.
Difahamkan Zainab yang kematian ibu bapanya ketika berusia 10 tahun tidak sempat memohon kad pengenalan ketika berusia 12 tahun memandangkan tinggal bersama adik-beradik yang juga mengalami kesempitan hidup pada masa itu.
“Saya hanya duduk di rumah kerana sukar untuk bergerak bebas keluar dari kampung. Mujurlah boleh menumpang hidup bersama adik-beradik yang tinggal sekampung.
“Saya harap masalah ini boleh diselesaikan secepat mungkin untuk memudahkan saya mendapatkan rawatan penyakit kulit di hospital. Walaupun tidak rasa sakit, tetapi rasa gatal di muka,” katanya di rumah keluarganya di Kampung Rawa, semalam.
Menurutnya, awal bulan lalu, kakitangan JPN datang ke rumahnya untuk mengambil maklumat lanjut berkenaan dirinya dan keluarga, tetapi sehingga kini belum ada sebarang perkembangan.
“Kami sudah mengumpulkan segala dokumen diperlukan seperti salinan sijil kelahiran asal, salinan kad pengenalan adik-beradikdan perkara berkaitan, tetapi belum diserahkan kerana masih menunggu kunjungan susulan mereka.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana pada tahun ini, Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) sudi menyalurkan bantuan RM200 sebulan untuk meringankan beban perbelanjaan walaupun masih belum memiliki kad pengenalan,” katanya.
Zainab anak kedua daripada sembilan beradik berkata, beberapa adik-beradik lain iaitu kakak sulungnya, Siti Halijah, 60, adiknya Aznan, 48, Siti Laila Wati, 47, Che Yah, 43 dan Rofiah, 39, masing-masing mempunyai kad pengenalan.
“Saya teringin memiliki kad pengenalan macam orang lain kerana hingga usia kini, saya hanya mempunyai surat beranak sebagai dokumen pengenalan diri untuk dibawa ke manamana,” katanya.
Dalam pada itu, dia memohon pihak berkaitan dapat membantu memudahkan proses permohonan berkenaan supaya dapat menikmati hak sebagai warganegara sama seperti penduduk tempatan yang lain.
Sinar Harian pada 10 Januari lalu, melaporkan kesukaran Zainab untuk mendapatkan kad pengenalan serta merayu bagi menikmati hak sebagai warganegara.
Sementara itu, Pengarah JPN Kedah, Muhammad Pauzi Abdullah berkata, kakitangan JPN menemui wanita berkenaan pada 11 Januari lalu dan membuat susulan pada 2 Mac untuk meminta keluarga terbabit mengumpul maklumat mereka.
Katanya, bagaimanapun disebabkan maklumat tidak lengkap dan permohonan berkenaan terlepas pandang, berlaku sedikit kelewatan untuk memproses permohonan Zainab.
“Jika tidak ada sebarang hal, esok (hari ini) saya akan turun menemui wanita itu bersama pasukan bergerak JPN.
“Kita faham situasi yang dihadapi untuk datang ke pejabat, justeru kita membuat keputusan ke sana.
“Sekiranya segala maklumat yang diperlukan lengkap, proses menyiapkan kad pengenalan dapat disiapkan dalam tempoh sehari,” katanya.

No comments:
Post a Comment