Wednesday, July 4, 2012

Isu hudud: Gembira Umno mula buka mata


GEORGETOWN - Pelaksanaan hukum hudud di seluruh negara sepatutnya dimulakan oleh Kerajaan Pusat berikutan Umno yang memimpin negara ini.
Setiausaha Agung Badan Anti Liberalisme Agama (Badai), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, pihak mahu Kerajaan Pusat membuat persediaan sepenuhnya bagi melaksanakan hukum yang ditetapkan ALLAH ini.
“Badai antara NGO Islam yang gembira dengan perkhabaran ini, namun kita harap ia bukan sekadar gimik pilihanraya.
Apabila ada niat untuk laksanakan, jangan main-main dengan hukuman ALLAH. Bagaimanapun, saya berfikiran positif Umno benar-benar akan mempertimbangkan pelaksanaan ini,” katanya.
Mohamed Hafiz berharap pelaksanaan hukum itu dibuat sama rata ke atas orang Islam dan bukan Islam.
“Ia dilaksana untuk mengurangkan jenayah serta kekalkan kemuliaan akhlak. “Saya pasti jika Kerajaan Pusat melaksanakan hukuman ini, pasti ramai akan tampil menyokong berikutan sebelum ini, mereka seolah-olah teragak-agak untuk memulakannya kerana bimbang perkara lain pula yang timbul,” katanya.
Menjawab ketika ditanya berhubung pelaksanaan hukum itu di negeri ini, Mohamed Hafiz berkata, ia tidak menjadi masalah berikutan Mahkamah Syariah berada bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang kuasa mutlaknya pada Yang di-Pertuan Agong.

No comments:

Post a Comment