Tuesday, August 7, 2012

Dalam berdakwah terdapat tatacara yang perlu diamalkan agar segala apa yang disampaikan menjadi ikutan.

Huraian

Dalam berdakwah terdapat tatacara yang perlu diamalkan agar segala apa yang disampaikan menjadi ikutan.

Antaranya ialah kita dilarag daripada menyukarkan manusia dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Contohanya ketika kita menjadi imam di dalam solat, maka solat itu janganlah terlalu lama (panjang) kerana mungkin makmun yang ada bersama kita terdiri daripada mereka yang lemah dan sakit, tua dan sebagainya.

Nabi juga menyuruh kita mengembirakan manusia bukan menjadikan mereka merasa benci dengan ajaran yang kita sampaikan. Oleh itu kita hendaklah mendahulukan perkara-perkara yang menyedarkan manusia dan membangkitkan semangat mereka untuk melakukan kebaikan.

Jangan sekali-kali kita memberatkan dengan perkara yang berbentuk ancaman kerana ia akan menjauhkan masyarakat dari agama dan kebenaran.

Sebalikanya jinakkan hati mereka dengan bertindak secara berhikmah kerana perubahan manusia kebiasaannya memakan masa dan melalui peringkat dan tahap tertentu bukan bersifat drastik dan melulu.
 

No comments:

Post a Comment