Tuesday, August 7, 2012

Tokoh Perjuangan Kemerdekaan : Shamsiah Fakeh



Perjalanan beliau dalam perjuangan menentang penjajah bermula dari tahun 1945 apabila beliau mula menyertai PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) sebuah parti Melayu revolusioner. Berkat kepimpinan dan kelantangan beliau dikagumi oleh kepimpinan PKMM dan dilantik menjadi Ketua Bahagian Wanita PKMM yang lebih dikenali sebagai AWAS (Angkatan Wanita Sedar). Beliau telah menjelajah keserata pelosok tanah air dan membakar semangat rakyat yang ketika itu masih jahil dalam mainan politik penjajah. Apabila PKMM diharamkan, beliau telah menyertai perjuangan bersenjata dan meredah rimba Tanah Melayu bagi menghalau British.

Sesungguhnya, bagi mereka yang mula berjinak-jinak dalam perjuangan haruslah mencontohi kekuatan semangat dan keteguhan pendirian wanita ini. Kekentalan semangat dan keteguhan pendirian ini bukanlah boleh diperolehi dalam sekelip mata, tetapi melalui pengalaman dan pegangan terhadap sesuatu prinsip yang diperjuangkan. Sikap tidak mengenal putus asa haruslah dicontohi oleh golongan reformis. Hanya mereka yang menghargai wira bangsanya meletakkan Shamsiah Fakeh di tempat yang sesuai, sebaris dengan tokoh-tokoh kemerdekaan negara.

No comments:

Post a Comment