9 September 2012
SIDAM KIRI, Kedah – “Alhamdulillah, apa yang kami usahakan kini membuahkan hasil dan berjalan lancar. Sebagai adik ipar, saya tumpang gembira dengan apa yang telah dilakukan untuk kakak saya.
Demikian luahan Hamidah Said, 50, berhubung perkembangan proses permohonan Mykad, Zainap Isah, 75.
Zainap kini berada di bawah jagaan adik bongsunya, Wahab, 52 (suami Hamidah) di Kampung Banggol, Sidam Kiri.
Pada 4 Ogos lalu, seramai empat kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Alor Setar hadir ke rumah Wahab bagi membantu Zainap mendapatkan MyKad yang belum pernah dimilikinya sejak lahir.
Zainap yang juga orang kurang upaya (OKU) dan kini disahkan menghidap kanser rahim memerlukan dokumen pengenalan diri bagi membolehkan dia menerima rawatan selanjutnya dari hospital kerajaan.
Hamidah berkata, dia gembira dan bersyukur JPN berkunjung ke rumah mereka bagi menguruskan perkara berkenaan.
“Kami berdoa agar tidak lama lagi Zainap dapat memiliki kad pengenalan yang memudahkan urusan mendapatkan rawatan atau terapi sebagaimana yang disyorkan doktor terhadapnya,” katanya.
Menurutnya, segala persiapan dan perkara berkaitan yang diminta JPN sudah disediakan awal bagi memudahkan urusan JPN, malah katanya reaksi Zainap juga berbeza kerana dilihat terlalu gembira.
“Setelah diberitahu hendak buat kad pengenalan, Zainap begitu teruja. Begitu juga ketika bawa Zainap ke kedai foto dan diambil gambar, dia seronok kerana belum pernah mengalaminya sebelum ini,” katanya.
Menurut Hamidah, keluarga menyediakan perkara berkaitan termasuk foto Zainap dan beberapa saksi seperti diminta JPN serta mendoakan proses mendapatkan Mykad berjalan lancar.
Ibu saudara Zainap, Rokiah Wahab, 86, berkata, dia tumpang gembira apabila mendapat tahu urusan berkenaan berjalan lancar.
Menurutnya, dia berasa lega kerana sebelum ini sudah banyak usaha dilakukan untuk membuat kad pengenalan Zainap yang menemui jalan buntu, namun kali ini ia berhasil.
“Zaman dahulu mana sempat nak ke pejabat sana pejabat sini, jururawat pun tiada, sekiranya ada anak nak bersalin semuanya dilakukan di rumah. Sebab tak pernah dibawa ke hospital, jadi kad pengenalan pun dianggap tidak mustahak.
“Namun, pada masa kini kad pengenalan sangat penting untuk melakukan sebarang urusan termasuk mendapatkan rawatan, uru-san surat-menyurat dan memohon bantuan, tambahan pula Zainap adalah OKU dan berhak menerima keistimewaan sepatutnya menjadi
haknya,” katanya.

No comments:
Post a Comment