Wartawan Jepun: 'Ini mungkin hari terakhir saya di Syria'
Mika Yamamoto, wartawan Jepun terbunuh dalam konflik di Syria bulan lalu.
RAKAN setugas wartawan Jepun yang terbunuh di Syria, Kazutaka Sato berkata, Mika Yamamoto pernah berkata hari pertamanya berada di negara itu mungkin akan menjadi hari terakhir.

Yamamoto, seorang wartawan perang veteran, pernah membuat liputan di negara-negera bergolak seperti Afghanistan, Iraq dan Balkan dilaporkan telah menerima tugasan untuk melaporkan peningkatan kadar keganasan di negara itu sejak bulan lalu.

Sato dan Yamatomo yang bekerja untuk Japan Press,  telah ditugaskan bersama di Syria.

Semasa kejadian, Sato berkata, dia berada hanya beberapa meter dari Yamatomo sebelum ditembak.

Sebelum ini, Sato yang pernah diberi perlindungan di zon perang bersama Yamatomo telah menggambarkan minatnya dalam bidang kewartawanan.

"Saya rasa, Yamatomo masih percaya bahawa melaluinya boleh menghentikan peperangan... malah, pemberitaan dia juga lebih tertumpu pada (soal) kanak-kanak, saya percaya dia mahu memberitahu dunia bagaimana kanak-kanak yang tidak berdosa itu sakit, mati dan terlukanya hati mereka," katanya.

Sato berkata, sebelum ini dia tidak dapat menangani dengan baik kehilangan rakan setugasnya itu dan satu-satunya cara dia boleh mencari ketenangan adalah dengan bercerita apa yang berlaku kepada isterinya.

Mengimbau kembali kejadian, Sato berkata, mereka ketika itu berada di bandar Aleppo yang dikepung oleh tentera pemberontak Syria dan melihat 10 hingga 15 lelaki berjalan ke arah mereka.

"Pada mulanya saya fikir, mereka adalah tentera Syria dan kami ketika itu berdiri sebelah-menyebelah.

"Apabila saya baru memegang kamera, kumpulan tadi mula menembak dan dari situlah semuanya berlaku," ujarnya lagi.

Ujar Sato, seorang lelaki yang memakai topi keledar berwarna hijau zaitun dari kumpulan itu berjaya membuatkan mereka berfikir bahawa mereka adalah dari tentera Syria.

Menceritakan detik cemas itu, Sato berkata, ketika dia berpaling dan berlari, dia mendengar bunyi tembakan, diikuti oleh tembakan senjata automatik.
"Saya fikir saya akan ditembak dan ketika itulah saya terpisah dari Mika," katanya.

Selepas kejadian, dia cuba mencari sahabatnya itu selama beberapa jam dan percaya Yamatomo selamat.

"Ketika itu, saya tidak terfikir langsung yang dia telah meninggal dunia.

"Saya bertanya kepada seorang pejuang pemberontak di mana Yamatomo, dia memberitahu saya, 'dia di hospital, pergi dan lihat sendiri.'
"Pada ketika itu, saya mula membayangkan apa yang telah berlaku kepadanya..," katanya.

Katanya lagi, ketika tiba di tingkat satu lobi hospital, matanya terpandang ke arah sebuah pengusung, yang di atas ada satu mayat yang ditutupi sehekai kain dan pada ketika itu, Sato sudah mengetahui itu adalah rakan setugasnya, Yamatomo.

Sato percaya Yamatomo memang menjadi sasaran tentera pemberontak kerana dia seorang wartawan asing.

Dia berkata, ketika kejadian, salah seorang daripada lelaki bersenjata itu menjerit, "Ada mereka di sini, orang Jepun," tetapi ia adalah sukar untuk menentukan apa yang dikatakan melalui video yang sempat merakamkan detik-detik cemas itu.

Sewaktu Sato menonton kembali video rakaman yang sempat difilemkan oleh Yamamoto semasa kejadian, menyaksikan bagaimana dia ditembak dengan peluru beberapa kali.

"Dalam video itu dia hidup. Saya tidak tahu bagaimana saya akan berurusan dengan kenangan ini kerana suaranya masih terngiang-ngiang," katanya dengan nada tenang.

Sehubungan itu, Sato telah meminta kerajaan Syria melalui kedutaannya di Tokyo untuk meneliti kematian Yamatomo dan mengharapkan sedikit jawapan.

"Saya perlu tahu apa yang berlaku padanya.

"Yamatomo seorang pengamal media yang memengang prinsip profesional dalam menjalankan tugas.

"Dia adalah 'tangan kanan dan kiri' saya, segala-galanya untuk saya, tanpanya saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan sekarang," jelasny.

* Dipetik dari CNN