9 September 2012
Sham Kamikaze: 'Tunggu kenyataan rasmi saya!'
Berita penceraian pemuzik dan pendakwah bebas, Sham (Kamikaze) pastinya menjadi bualan ramai ketika ini.
Isterinya, Farazila Abdul Jabar telah memfailkan cerai terhadap Sham di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, sejak 30 Ogos lalu. Farazila menerusi sebuah akhbar mendakwa, Sham gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.
Bagaimanapun, Farazila menafikan penceraiannya berpunca dari kontroversi pernikahan kedua Sham bersama seorang janda yang juga dikatakan kakak kepada Maulana AF.
Sham bagaimanapun sehingga kini belum memberikan sebarang penjelasan mengenai penceraiannya itu. Namun menerusi Twitternya, Sham meminta agar orang ramai tidak membuat spekulasi dan tohmahan sehingga dia memberikan kenyataan rasmi.
Farazila dan Sham berkahwin pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di kampung Farazila, di Batu Pahat, Johor.

No comments:
Post a Comment