QUETTA 12 Okt. - Sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan terbunuh manakala 22 lagi cedera apabila sebutir bom yang dipasang pada sebuah motosikal diletupkan di wilayah Baluchistan, barat daya Pakistan, semalam.
Pegawai polis tempatan, Qazi Hussain Ahmad berkata, bom tersebut dipercayai diletupkan menggunakan alat kawalan jauh berdekatan sebuah pasar di Sibi, kira-kira 180 kilometer di tenggara Quetta.
“Sembilan orang maut dan 22 lagi cedera, namun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbabit," katanya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121012/lu_13/Bom-motosikal-meletup-di-pasar-Pakistan-9-maut#ixzz299z8EH6j
© Utusan Melayu (M) Bhd
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment