Berita Harian | Hizbullah akui serang Israel:
Beirut: Pemimpin Hizbullah Sheikh Hassan Nasrallah mengaku bertanggungjawab melancarkan satu serangan ke atas tentera Israel menggunakan pesawat kawalan jauh buatan Iran terhadap ruang udara Israel awal minggu ini, menambahkan lagi ketegangan yang sudah sedia serius di Asia Barat.
Nasrallah memberi amaran ia tidak akan menjadi operasi terakhir kumpulan militan Lubnan beliau. Menembak jatuh
Pesawat Israel menembak jatuh pesawat tanpa pengendali itu, tetapi kejadian itu memberi isyarat ruang udara Israel dikawal ketat, masih boleh diceroboh.
Hizbullah menjadi sasaran utama kerana memiliki senjata canggih Iran dan mempunyai sejarah cuba untuk menghantar pesawat yang hampir sama.
Bertanggungjawab
Dengan senjata mantap yang menjadi pesaing tentera Lubnan, Hizbullah yang sedia berada di bawah tekanan di Lubnan berikutan pesaingnya mendakwa meletakkan Lubnan dalam bahaya akibat krisis serantau.
Pengesahan Hezbollah bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan boleh meletakkan kumpulan terbabit terus dalam keadaan yang tertekan berikutan konflik sekian lama dengan Israel.
Hizbullah, sebuah kumpulan Syiah yang komited kepada usaha memusnahkan Israel sejak sekian lama menjadi proksi Iran di sepanjang sempadan utara Israel.
Ia juga sekutu rapat rejim Presiden Syria, Bashar Assad. Israel mendakwa kerajaan Assad membenarkan Iran membawa senjata kepada Hizbullah melalui wilayahnya. - AP
No comments:
Post a Comment