myMetro | Recep sahkan pesawat penumpang bawa peluru ke Syria: "ISTANBUL: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam berkata pesawat penumpang Syria yang dipaksa mendarat di Ankara kelmarin membawa peluru buatan Russia untuk tentera Presiden Bashar al-Assad.
“Ia adalah peluru dari Russia yang dihantar kepada Kementerian Pertahanan Syria,” katanya.
Recep turut mendakwa peluru berkenaan sama seperti yang dikeluarkan Perbadanan Industri Mekanikal Dan Kimia, sebuah syarikat di Turki.
Sementara itu, Damsyik berkata, pesawat berkenaan membawa kargo yang dibenarkan dan menganggap tindakan Ankara sebagai “perbuatan lanun udara.” Moscow pula menuduh Ankara membahayakan nyawa warganya apabila jet tentera Turki memintas pesawat Syrian Air berkenaan, kelmarin.
Jurucakap Lapangan Terbang Vnukovo pula berkata, semua kargo yang dimuatkan ke pesawat penumpang itu mendapat kelulusan kastam serta pihak keselamatan.
“Tiada barang larangan di dalam pesawat berkenaan,” katanya. - Reuters"
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment