Saturday, October 13, 2012

Pemungut barang dihukum 100 tahun

Berita Harian | Pemungut barang dihukum 100 tahun:


Pemungut barang lusuh di bawa keluar dari Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh.Pemungut barang lusuh di bawa keluar dari Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh.
Ayer Keroh: Seorang pemungut barangan lusuh dijatuhi hukuman penjara 100 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas lima tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya, empat tahun lalu. 

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki berusia 38 tahun itu dan memerintahkan hukuman berjalan serentak.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anak gadisnya yang ketika itu berusia 13 tahun di sebuah rumah di Durian Tunggal, Alor Gajah, di sini, kira-kira jam 3 petang pada 2008. 

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh yang berasal dari Durian Tunggal didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di sebuah rumah di kawasan sama, masing-masing kira-kira jam 4 petang Oktober tahun lalu, dan kira-kira jam 11 malam Mac lalu. 

Tuduhan terakhir 

Untuk pertuduhan keempat dan terakhir, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa di dalam sebuah kereta jenis PROTON Iswara di kawasan berhampiran Pantai Klebang, di sini, masing-masing kira-kira jam 8 malam 18 September dan 8.30 malam 20 September lalu. 

Berikutan itu, tertuduh yang mempunyai enam anak didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan. 
Zaharah dalam penghakimannya berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh disabitkan dengan lima pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. 

“Kamu (tertuduh) bernasib baik kerana ditangkap lebih awal dan dapat mengelak daripada terus melakukan perbuatan itu (sumbang mahram) terhadap anak sendiri. Saya berharap kamu insaf apabila berada di penjara nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment