DUBAI: Pencerobohan pesawat tanpa juruterbang ke ruang udara Israel Sabtu lalu menunjukkan kelemahan pertahanan negara Zionis itu, kata seorang pegawai tentera Iran semalam.
Timbalan Penyelaras Kor Pengawal Revolusi Iran, Jamaluddin Aberoumand, berkata insiden itu membayangkan sistem pertahanan antipeluru berpandu Israel “tidak berfungsi dan tidak memiliki kapasiti sepatutnya.” Katanya, tindakan Tel Aviv mengaitkan pencerobohan dron berkenaan dengan Iran cuma “perang psikologi” Israel tetapi dia tidak mengesah atau menafikan dakwaan berkenaan.
“Rejim Zionis mempunyai banyak musuh,” katanya. Sabtu lalu, Tentera Udara Israel menembak jatuh sebuah dron selepas pesawat berkenaan memasuki wilayah selatan negara Yahudi itu, tetapi hingga kini tidak diketahui dari mana pesawat itu datang. Israel bergantung kepada sistem Kubah Besi dibiayai bersama dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menembak jatuh roket jarak pendek gerila yang menyerang negara berkenaan tetapi tidak dicipta bagi menembak pesawat terbang rendah. Dron itu dilihat kali pertama di ruang udara Laut Mediterranean berhampiran Gaza sebelum ia ditembak di kawasan hutan berhampiran Tebing Barat. Ahli Parlimen Israel, Miri Regev, mendakwa dron itu milik Iran yang dilancarkan Hizbullah. - Reuters
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment