Soal jawab bersama Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.
BERITA mengenai kemalangan jalan raya semakin meningkat. Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, buatlah laporan polis dalam tempoh 24 jam dari masa kejadian. Kemudian, jalani rawatan perubatan dan dapatkan salinan perubatan.
Jika kemalangan itu melibatkan kematian, dapatkan sijil kematian dan apa jua resit perbelanjaan yang telah dibayar. Kemudian segeralah memaklumkan pihak insurans.
Jenis tuntutan
Terdapat tiga jenis tuntutan kemalangan; maut, kecederaan dan rosak kenderaan.Tuntutan ganti rugi kemalangan maut boleh dilakukan isteri / suami/ ibu bapa /anak si mati yang kehilangan tanggungan akibat kematian dalam kemalangan itu.
Perkiraan jumlah tuntutan adalah berdasarkan Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956. Faktor yang menentukan jumlah tuntutan adalah umur si mati, status perkahwinan dan jumlah pemberian si mati kepada keluarganya. Keluarga si mati boleh membuat tuntutan kedukacitaan (bereavement) (Seksyen 7 (3A) berjumlah RM10,000 dengan syarat si mati berusia 18 tahun ke atas dan berkahwin dan jika di bawah 18 tahun dan tidak berkahwin hanya ibu bapa yang berhak.
Untuk kes mangsa mengalami kecederaan, mahkamah memutuskan jumlah tuntutan yang patut diberikan. Ada dua jenis tuntutan, iaitu ganti rugi khas dan ganti rugi am. Ganti rugi khas diberikan atas faktor perbelanjaan yang perlu ditanggung pihak menuntut hasil dari kemalangan itu.Pihak menuntut perlu menunjukkan bukti perbelanjaan yang dikeluarkan seperti resit rawatan hospital.
Ganti rugi am pula seperti ganti rugi kecederaan mata atau kaki yang dikira mahkamah berhubung dengan jumlah yang wajar diberikan untuk kecederaan tertentu. Ini berdasarkan faktor pihak menuntut telah mengalami kesakitan dan penderitaan.
Kecuaian penternak
Tuntutan boleh dilakukan jika mengakibatkan kenderaan rosak merangkumi kos baiki kenderaan, kerugian akibat kehilangan hak penggunaan kenderaan untuk jangka masa yang munasabah dan jumlah kemerosotan nilai harta kenderaan.
Seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalan 1987 menetapkan, penanggung insurans adalah pihak bertanggungjawab membayar bagi pihak yang mengambil insurans berkenaan dengan risiko pihak ketiga. Sekiranya kenderaan itu tidak mempunyai insurans, pemilik kenderaan/pemandu sendiri perlu membayar ganti rugi berkaitan kecederaan yang dituntut.
Menurut Akta Had 1953 (Limitation Act) dan Akta Undang-undang Sivil 1956 : tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh ditetapkan. Jika melebihi tuntutan itu dikira tidak sah.
Jika kemalangan tidak melibatkan kematian hendaklah menuntut dalam tempoh enam tahun dari tarikh kemalangan manakala yang melibatkan kematian adalah tiga tahun.
Tuntutan melibatkan kerajaan adalah tiga tahun dari tarikh kemalangan. Kemalangan disebabkan kecuaian penternak atau ternakan yang berkeliaran di jalan raya tertakluk kepada undang-undang penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan.
Contohnya, Majlis Perbandaran Alor Gajah mempunyai Undang-undang Kecil Ternakan Lembu dan Kerbau 1987. Mengikut peruntukan undang-undang itu pemilik boleh dikenakan kompaun sehingga RM250 bagi setiap ekor yang ditangkap dan jika pemilik gagal untuk menjelaskan kompaun itu dalam tempoh tujuh hari, ternakan itu boleh dilelong.
Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang kecil ini jika dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

No comments:
Post a Comment