Friday, November 2, 2012

28 tentera Syria maut dalam tiga serangan pemberontak



BEIRUT 2 Nov. - Sekurang-kurangnya 28 anggota tentera Syria terbunuh dalam tiga serangan kumpulan pemberontak di tiga pondok kawalan keselamatan di bandar Saraqeb, utara wilayah Idlib, semalam.
Menurut Pengarah Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdelrahman kumpulan aktivis pembangkang di Saraqeb mengesahkan serangan tersebut.
Lima pemberontak turut maut dalam serangan itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121102/lu_10/28-tentera-Syria-maut-dalam-tiga-serangan-pemberontak#ixzz2B3WdIe2J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment