Ribuan penyokong pembangkang boikot hari pengundian 1 Disember ini di hadapan penjara Sulaibiya, Kuwait. - EPA
KUWAIT CITY - Polis Kuwait terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan bom asap bagi menyuraikan penunjuk perasaan disertai beribu penyokong pembangkang daripada pergerakan Islam, Waleed al-Tabtabai, yang membantah penahanan pemimpin pembangkang, Musallam al-Barrak di penjara Sulaibiya.
Al-Barrak ditahan kerana mengeluarkan kenyataan mengkritik dan membantah keputusan menggubal undang-undang pilihan raya yang dilakukan amir negara itu, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah.
Al-Barrak ditahan kerana mengeluarkan kenyataan mengkritik dan membantah keputusan menggubal undang-undang pilihan raya yang dilakukan amir negara itu, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah.
Ketegangan semakin meningkat apabila penyokong pembangkang mendakwa perubahan undang-undang itu memberi kelebihan kepada calon prokerajaan pada Pilihan Raya Parlimen, pada 1 Disember.
Kementerian Dalam Negeri berkata, ramai anggota polis cedera selepas penunjuk perasaan melemparkan batu dan botol ke arah mereka.
Kementerian Dalam Negeri berkata, ramai anggota polis cedera selepas penunjuk perasaan melemparkan batu dan botol ke arah mereka.
“Tunjuk perasaan ini paling ganas di Kuwait, kawalan keselamatan diperketat dengan melakukan sekatan jalan raya dan difahamkan juga, pembangkang berhasrat memboikot hari pengundian tersebut,” katanya.
Sementara itu, peguam Al-Barrak berkata, pemimpin tertinggi pembangkang itu ditahan 10 hari untuk disoal siasat berhubung kesalahan tersebut. - AP
Sementara itu, peguam Al-Barrak berkata, pemimpin tertinggi pembangkang itu ditahan 10 hari untuk disoal siasat berhubung kesalahan tersebut. - AP
No comments:
Post a Comment