Friday, November 2, 2012

Dana tsunami disalah guna



Tokyo: Dana yang sepatutnya diguna kerja pembaikan semula selepas tsunami didakwa digunakan untuk projek tidak berkaitan.

Menurut laporan audit kerajaan Jepun, ketika penduduk wilayah timur laut yang dilanda bencana kecewa kerana pembangunan semula yang perlahan.
Sebahagian daripada 14.9 trilion yen (RM571 trilion) digunakan untuk membiayai kerja yang tidak berkaitan termasuk pembinaan jalan di pulau selatan Okinawa.

Sebanyak lapan juta yen (RM305,367) diguna untuk membeli nadir bumi, komponen utama produk seperti kereta elektrik dan telefon pintar. - AFP

No comments:

Post a Comment