Friday, November 2, 2012

Parlimen lulus undang-undang haram topeng dalam rusuhan

OTTAWA: Parlimen Kanada semalam meluluskan undang-undang melarang penggunaan topeng ketika perhimpunan haram dan pesalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.
Dalam tindakan dianggap untuk mengatasi kumpulan radikal itu, 153 Ahli Parlimen menyokong dan 126 menolak usul berkenaan. Ia diluluskan ketika Barat menyambut cuti Halloween dan kebanyakan orang memakai topeng di jalanan.

Ahli Parlimen dari Parti Konservatif yang mencadangkan usul itu. Blake Richards, berkata undang-undang itu diluluskan bagi menangani “ancaman vandalisme dan keganasan yang semakin meningkat.” Satu daripada kumpulan sasaran Parlimen Kanada ialah Black Bloc yang dikenali kerana ahli mereka berpakaian serba hitam dan menyembunyikan wajah mereka di balik topeng, tudung dan hud.

Kumpulan Black Bloc pernah bertindak ganas ketika mereka menyertai perhimpunan besar-besaran mahasiswa bagi membantah rancangan kerajaan menaikkan yuran pengajian universiti di Quebec. Undang-undang itu membolehkan seseorang yang bertopeng ketika rusuhan tanpa alasan sah, dikenakan penjara 10 tahun. - AFP

No comments:

Post a Comment