BUENOS AIRES - Argentina meluluskan satu undang-undang bagi membolehkan rakyatnya mengundi dalam pilihan raya apabila mencapai usia 16 tahun.
Parlimen meluluskan undang-undang itu semalam. Majoriti senator pula telah meluluskannya minggu lalu.
Kini negara itu membenarkan mereka berusia 18 tahun mengundi.
Pengkritik mendakwa langkah itu diambil bagi membolehkan Presiden Cristina Fernandez de Kirchner dan partinya memperoleh sokongan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal.
Bagaimanapun pihak yang menyokong langkah itu pula berkata, ia akan memberi peluang kepada lebih ramai orang muda mengambil bahagian dalam politik.
Ekoran langkah itu kira-kira 1.5 juta pengundi berusia 16 hingga 18 tahun akan disenaraikan dalam daftar pemilih.
No comments:
Post a Comment