27 November 2012
TEHERAN - Iran sedia menawarkan bekalan roket pejuang kepada Palestin sungguhpun gencatan senjata antara tentera Hamas dan Israel dicapai minggu lalu.
Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata, peluru berpandu Fajr-5 melangkah ke dimensi baru dan mampu membedil dari jarak 80 kilometer dari Gaza ke Tel Aviv.
“Ini adalah perkara baik tetapi perang adalah perkara buruk. Kita cuba memastikan tiada peperangan. Tetapi pertahanan adalah hak setiap negara,“ katanya ketika temu bual di stesen televisyen tempatan.
Menurutnya, gencatan senjata adalah perkara baik, tetapi asas gencatan senjata itu perlu diteliti.
“Semua negara Islam perlu bersatu menentang Israel. Zionis adalah ancaman serius bagi dunia. Mereka berselindung di sebalik semua aktiviti subversif dan keganasan. Palestin berterusan menjadi mangsa rancangan Zionis, “ katanya.
Kelmarin, Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani berkata, Teheran membekalkan bantuan ketenteraan kepada Hamas dan perkara itu disahkan Israel dan seterunya.
Sementara itu, Ketua Hamas Khaled Meshaal, mengucapkan terima kasih kepada Iran kerana terus menyokongnya sepanjang konflik tercetus. - Telegraph

No comments:
Post a Comment