27 November 2012
MASJID TANAH - Penemuan sebuah batu nisan yang terpacak di tebing sebuah sungai menggemparkan penduduk Kampung Jalan Seberang Prai, Ayer Limau, dekat sini.
Batu nisan tercatat tarikh 6 Mei 1998 itu ditemui seorang penduduk, Harmiza Harin, 25, ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, Khamis lalu, sebelum memaklumkan kepada suaminya, Abdul Hadi Baharom, 27.
“Setiap hari saya akan melalui jalan ini untuk pergi dan pulang ke tempat kerja, namun tidak pula terlihat ada batu nisan terpacak di tebing sungai, sehinggalah terpandang pada petang Khamis lalu,” katanya Harmiza.
Menurutnya, batu nisan berkenaan dipercayai dibawa arus deras ketika berlaku banjir di sungai itu berkenaan, bagaimanapun agak menghairankan kerana kedudukan batu nisan itu yang terpacak.
“Jika benar dihanyutkan, pasti terdampar di tebing sungai dan bukan terpacak kemas sebegini," katanya kepada Sinar Harian di sini.
Berikutan tidak sedap hati, katanya, dia dan suami cuba mencari jawapan penemuan misteri batu nisan itu termasuk memaklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid.
“Jika batu nisan ini datang dari arah kubur, tanah perkuburan Islam terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi batu nisan ini ditemui dan satu lagi tanah perkuburan Islam di Masjid Kampung Ayer Limau,” katanya.
Harmiza berkata, dia dan suaminya berharap agar pihak berkaitan dapat melakukan sesuatu terhadap penemuan batu nisan itu.

No comments:
Post a Comment