Tuesday, November 27, 2012

TUAN GURAU LEMBU HABAQ BUAT QUNUT MASUK NERAKA & UMNO SAHAJA BUAT QUNUT PKR DAK.



Mari kita lihat apa pula kata Tuan Guru Ulama Alim sebenar antaranya Syeikh Imam Nawawi dlm Al-Majmu' Syarh Al Muhazzab jilid 3 m/s 492 cetakan Dar Al Fikri:
"Dan adalah merupakan SUNNAH pada solat subuh untuk melakukan Qunut ketika rakaat kedua".
Kemudian pada perenggan akhir m/s 504 Imam Nawawi menyebut: "
 Dan telah dijadikan hujjah oleh ashab kami (sunatnya berqunut subuh) berdasarkan HADITH Anas bin Malik 'bahawasanya Nabi Muhammad melakukan Qunut sebulan mendoakan keatas mereka kemudian meninggalkannya (meninggalkan doa ke atas mereka munafiq) manakala Qunut Subuh (qunut subuh biasa) Rasulullah tetap melakukannya sehinggalah baginda meninggal dunia' hadith ini adalah SOHIH diriwayatkan oleh ramai jemaah daripada kalangan huffaz hadith dan mereka mengsahihkan hadith ini dan diantara yang mensahihkan hadith ini adalah Al-Hafiz Abu Abdullah Muhammad bin Ali Al-Balkhiy dan Al-Hakim Abu Abdillah pada banyak tempat dalam kitab-kitabnya dan juga Imam Al-Baihaqi mensahihkannya serta Imam Ad-Dar Qutni dengan jalan periwayatan sanad-sanad yang pelbagai yang juga SOHIH ".

Imam Nawawi juga menyebut dalam ms 504:
" Mazhab Kami bahawa adalah mustahab/digalakkan qunut subuh samaada ketika waktu turun ujian ataupun tidak dan ini adalah pandangan RAMAI dari kalangan ulama Salaf dan juga ulama selepas meraka terlalu ramai yang memegang pandangan ini dan ini juga pandangan Saidina Abu Bakar As Siddiq, pandangan Saidina Umar bin Al-Khattab, Saidina Uthman bin 'Affan, Saidina Ali, Saidina Abdullah Bin 'Abbas, Al-Barra' bin 'Aazib semoga Allah meredhai mereka semua sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dengan sanad-sanad yang banyak yang SOHIH dan ini juga adalah merupakan pandangan para ulama para Tabi'ien dan juga pandangan ulama selepas mereka juga yang begitu ramai bilangannya dan ia juga mazhab Ibnu Abi Laila, AlHasan Bin Soleh dan Imam Malik dan Daud..."

Maka baca betul2 kenyataakan Imam Nawawi di atas dan nilaikan dengan kata-kata tok gurau bakal PM msia yang mendakwa Qunut Subuh adalah kufur terkeluar dari Islam.

*Nama Tok Gurau hanya khayalan semata-mata krn bercita teramat tinggi mahu jadi Agong anugerahkan dato2 kpd para kuncu2nya. he he
 

No comments:

Post a Comment