BUNYI roket jarak jauh yang ditembak dari Gaza menyebabkan siren amaran serangan meraung di Tel Aviv atau Baitulmaqdis dalam masa beberapa minit saja.
Ia sekali gus menggambarkan kemajuan yang dicapai pejuang Palestin dalam peperangan menentang Israel.
Meskipun, senjata pejuang Gaza mengalami kemusnahan teruk sepanjang konfrontasi selama lapan hari baru-baru ini, Hamas dikatakan mempunyai pengetahuan teknikal yang berharga pada hujung jari untuk menghasilkan senjata baru.
Pada beberapa jam pertama pengeboman Israel terhadap Semenanjung Gaza yang ditadbir Hamas, pegawai Israel berkata, tentera udaranya memusnahkan sebahagian besar roket pejuang Palestin yang mampu menjejaki jarak lebih 40 kilometer.
“Tentera kita memusnahkan sebahagian besar roket yang disasarkan terhadap kawasan tengah Israel dan beribu-ribu lagi yang mahu dilancarkan terhadap selatan negara ini,” kata Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kepada juruterbang yang mengambil bahagian dalam serangan ke atas Gaza, Ahad lalu.
“Sebaik saja kempen itu mencapai matlamatnya, tidak ada alasan untuk meneruskannya,” kata pemimpin Zionis itu.
Bagaimanapun, Hamas dan Jihad Islam masih berupaya menembak lima roket ke kawasan sekitar Tel Aviv, tiga daripadanya dipintas oleh sistem pertahanan Iron Dome dan dua lagi jatuh di Laut Mediterranean. Satu lagi roket terkena beberapa rumah pangsa di Rishon Letzion, selatan Tel Aviv, menyebabkan kerosakan teruk. Empat roket lain mengena kawasan pinggir Baitulmaqdis.
Serangan berkenaan adalah jarak paling jauh pernah dijejaki roket yang dilepaskan pejuang Palestin di Gaza.
Sejak Perang Teluk 1991 apabila tentera Iraq melepaskan 39 peluru berpandu Scud terhadap Tel Aviv, penduduk Palestin sudah menanti untuk melihat siapa yang akan melancarkan ‘peluru berpandu ke-40,” kata Mukhaimer Abu Saada, profesor sains politik di Universiti Al-Azhar di Gaza.
“Pada perang 2006 antara Israel dengan kumpulan Hizbullah di Lubnan, kumpulan pejuang Syiah itu memberi amaran akan melancarkan serangan menjangkau Haifa, tetapi tidak menyasarkan Tel Aviv,” katanya.
“Kejayaan membuat musuh, rakyat Israel menderita, berebut-rebut mencari tempat perlindungan sambil menjerit adalah satu kemenangan bagi pejuang Palestin,” katanya.
Persoalan besar, kata penganalisis, ialah berapa banyak roket yang masih ada di Gaza di sebalik 10,000 yang dipercayai wujud sebelum konflik bersenjata itu dan berapa pantas Hamas berupaya membina semula senjatanya.
Ketika operasi, tentera Zionis berkata, ia berjaya melakukan serangan terhadap lebih 1,500 sasaran, termasuk 19 markas pejuang, 26 kilang senjata dan kemudahan simpanan serta ratusan pelancar roket bawah tanah.
Ketika mengumumkan persetujuan terhadap gencatan senjata yang diusahakan oleh Mesir, Netanyahu berkata, Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat bersetuju bekerjasama bagi menghalang penyeludupan senjata kepada pejuang Gaza, yang kebanyakannya datang dari Iran.
Menurut laporan yang disiarkan pada hari yang sama, Haaretz, akhbar berhaluan kiri Israel berkata, Iran menyeludup beberapa roket Fajr 5 yang mampu mengena sasaran sejauh 75 kilometer ke Gaza. Ia dilakukan menerusi Sudan dan Mesir.
“Pada masa sama, Hamas dan Jihad Islam menghasilkan roket dengan diameter 200mm yang kemampuan jaraknya hampir 80 kilometer. Pembuatan roket berkenaan dilakukan di Gaza dengan menggunakan teknologi yang dibekalkan Iran,” kata koresponden pertahanan akhbar itu, Amos Harel.
“Setakat ini, kira-kira 10 roket jarak sederhana sudah disasarkan ke arah kawasan Tel Aviv dan kawasan Baitulmaqdis. Kebanyakannya ialah roket 200mm yang dibuat di Gaza. Perisik Israel percaya hanya sejumlah kecil roket jarak sederhana masih ada dalam simpanan pejuang Palestin,” katanya.
Ketua Pengawal Revolusi Iran, Jeneral Mohammad Ali Jafari, menyangkal dakwaan bahawa negaranya membekalkan peluru berpandu Fajr 5 ke Gaza, tetapi tidak menafikan berkongsi teknologi. Ini bermakna, peluru berpandu seumpama itu boleh dihasilkan dengan cepat di wilayah itu.
Sepanjang konfrontasi itu, sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam berkata, mereka menembak 1,573 roket ke selatan Israel, termasuk satu yang dinamakan M75, roket buatan tempatan yang mampu menjejaki sasaran sekurang-kurangnya sejauh 75 kilometer.
“Tidak ada peluru berpandu jarak jauh yang diseludup ke Gaza. Roket M75 yang mengena Gush Etzion (selatan Baitulmaqdis), bukan peluru berpandu Iran. Ia adalah roket buatan Hamas. Meskipun Mesir berjaya menutup terowong untuk menghalang penyeludupan senjata, kami masih mampu menghasilkan roket sendiri,” kata Abu Saada. - AFP

No comments:
Post a Comment