Wednesday, November 7, 2012

Filem pembunuhan Osama ditonton 2.7 juta



WASHINGTON 6 Nov. - Kira-kira 2.7 juta orang menonton tayangan pertama filem pembunuhan ketua kumpulan militan al-Qaeda, Osama bin Laden di Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Saluran televisyen, National Geographic Channel semalam menyatakan, filem bertajuk SEAL Team Six: The Raid on Osama bin Laden itu merupakan rancangan televisyen utamanya pada tahun ini dan rancangan keenam paling banyak ditonton dalam sejarah saluran televisyen itu.
"Jika filem ini ditayangkan di pawagam pada hujung minggu, ia mungkin menjadi filem nombor satu di AS,'' kata Presiden saluran televisyen itu, Howard Owens dalam satu kenyataan.
SEAL Team Six: The Raid on Osama bin Laden mencetuskan kekecohan apabila satu pengumuman bulan lalu memberitahu, tayangannya akan diadakan dua hari sebelum Pilihan Raya Presiden AS.
Walaupun gambar liputan Presiden AS, Barack Obama turut diselitkan dalam filem bercorak dokumentari tersebut, pengarahnya, John Stockwll menolak bahawa perkara itu akan mempengaruhi pengundi dalam pilihan raya.
Laman web televisyen dalam talian, Netflix, turut menyenaraikan sedutan video SEAL Team Six: The Raid on Osama bin Laden sebelum penerbitan filem itu di pasaran bukan AS.
Satu lagi filem mengenai pemburuan Osama bertajuk Zero Dark Thirty arahan Kathryn Bigelow akan ditayangkan pada Januari ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121107/lu_07/Filem-pembunuhan-Osama-ditonton-27-juta#ixzz2Bb1tFVkx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment