Monday, November 26, 2012

Hamas tempatkan polis di sempadan Gaza



Beberapa orang anggota polis Hamas memantau keadaan ketika tentera Israel dilihat berada berhampiran di kawasan sempadan selatan Genting Gaza-Israel, kelmarin. - Reuters
GAZA CITY 25 Nov. - Hamas, semalam menempatkan pasukan polis di sempadan Gaza dan Israel, buat sementara waktu untuk menghalang insiden yang mungkin menggugat gencatan senjata antara kedua-dua pihak, sehari selepas Israel menembak mati seorang penduduk lelaki Palestin.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas, Islam Shahwan berkata, pasukan keselamatan telah ditempatkan di sepanjang sempadan Genting Gaza untuk mengekalkan pelaksanaan gencatan senjata itu.
"Polis ditempatkan di timur Khan Younis di selatan Genting Gaza bagi melindungi orang awam daripada menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis Israel," katanya.
Shahwan merujuk kepada insiden tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang menghampiri sempadan di Khouzaa, berhampiran Khan Younis, kelmarin, menyebabkan seorang penduduk Palestin maut dan 19 lagi cedera.
Hamas mengecam tindakan itu sebagai 'pelanggaran perjanjian pertama oleh Israel' yang dipersetujui pada Rabu lalu dan menamatkan lapan hari serangan merentasi sempadan yang mengorbankan 166 penduduk Palestin dan enam penduduk Is satu sumber. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121126/lu_04/Hamas-tempatkan-polis-di-sempadan-Gaza#ixzz2DKRsAhM3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment