21 November 2012
PASIR MAS – Kesusahan hidup menyebabkan 11 beranak di Kampung Siram dekat sini, terpaksa bersesak di kediaman sempit yang hanya mempunyai satu bilik tidur.
Jika dilihat dari luar rumah, ramai tidak menyangka kediaman ini merupakan tempat tinggal kerana saiznya yang kecil dan sebahagian besar dinding daripada buluh.
Tetapi itulah tempat berteduh mampu disediakan Ariffin Husin, 54, untuk didiami isteri serta sembilan anak berusia antara lima hingga 18 tahun.
Biarpun sedar, empat daripada sembilan anaknya sedang meningkat remaja dan perlu diasing tempat tidur, Ariffin tidak mampu menyediakan lebih banyak bilik di rumahnya.
Ariffin berharap dia akan dipertimbangkan untuk menerima bantuan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kerana kediaman dibina sendiri itu hanya seluas 20x30 meter.
"Kami anak beranak makan, minum, tidur serta menonton televisyen disumbangkan penduduk di ruang sama," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Di sebalik kesusahan itu, dia bersyukur kerana menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, duit itu digunakan sepenuhnya untuk membiayai pelajaran lapan anaknya, empat belajar di sekolah rendah dan empat lagi di sekolah menengah.
“Kami bersyukur kerana mendapat bantuan JKM, duit itu banyak membantu saya membiayai persekolahan anak-anak.
“Tanpa bantuan JKM saya mungkin berdepan masalah besar untuk menanggung persekolahan anak-anak memandangkan pendapatan saya peroleh bergantung kepada kerja setiap hari,” katanya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Ariffin berkata, jika diikutkan keperluan persekolahan anak-anak, bantuan tersebut tidak mencukupi tambahan isterinya, Noriah Hamat, 42, tidak bekerja.
Menurutnya, pendapatan daripada membuat rumah, menebas atau mencari ikan sekitar RM35 hingga RM40 sehari digunakan untuk menampung perbelanjaan tersebut.
“Sekarang hanya seorang anak belum bersekolah, jadi sebahagian besar perbelanjaan saya sekarang untuk membiayai persekolahan mereka.
“Keadaan ini menyebabkan saya terpaksa berhutang untuk membeli keperluan makanan kerana sedar persekolahan anak-anak perlu diutamakan,” katanya.

No comments:
Post a Comment