Saodah (kanan) bersama anaknya menunjukkan keadaan dinding rumah yang reput.
BUKIT JENUN - Seorang ibu warga emas bersama anak bongsunya yang kurang upaya (OKU) pernah naik angin dan bertindak membakar surat permohonan kerana bantuan rumah yang dimohon lebih 10 kali sejak tujuh tahun lalu gagal mendapat sebarang maklum balas.
Lebih menyedihkan Saodah Hassan, 63, bersama anaknya, Sharifah Jaafar, 29, dari Kampung Banggol Basin dekat sini menetap di sebuah rumah pusaka berusia lebih 50 tahun yang hanya menunggu masa untuk rebah disebabkan kemiskinan hidup.

Saodah berkata, dia telah beberapa kali memohon bantuan daripada pejabat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Pendang sejak tujuh tahun lalu namun setiap permohonan yang dihantar gagal mendapat maklum balas sehingga kini.
“Saya sentiasa memohon bantuan rumah memandangkan keadaan rumah saya di bahagian atas semakin reput dan akan runtuh bila-bila masa sahaja.
“Saya bimbang ketika angin kuat kerana tiang dan alang rumah tidak lagi kukuh manakala dinding bahagian atas banyak berlubang sehinggakan ketika hujan air melimpah ke bahagian bawah dan terpaksa pula menadah bekas,” katanya kepada Sinar Harian.

Saodah berkata, dia kecewa kerana semua pihak yang dirujuk gagal memberi sebarang maklum balas sama ada permohonan yang dimohon berjaya atau tidak.
“Saya pernah memohon beberapa kali kepada pejabat zakat dan pernah sekali pihak berkenaan enggan menerima surat permohonan saya dan meminta saya membawa permohonan itu pulang menyebabkan saya naik angin dan pernah membakar surat permohonan itu.
“Saya kecewa kerana masalah saya tidak mendapat perhatian sedangkan saya begitu memerlukan bantuan," katanya.
Katanya, dia tidak mampu membaiki rumah pusaka itu kerana dirinya disara oleh anak bongsunya, Sharifah yang bekerja sebagai pembantu kantin dan turut menjual ulam-ulaman bagi memperoleh pendapatan lebih.
Dalam pada itu, Sharifah berkata, dia juga memohon bantuan bulanan memandangkan anaknya seorang OKU namun masih belum menerima sebarang maklum balas.
Sementara itu, Sinar Harian menghubungi Pejabat Zakat daerah Pendang dan difahamkan pegawai zakat daerah itu, Mohammad Fairul Kapras Abdullah berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terlebih dahulu memandangkan pihak terbabit menerima banyak permohonan rumah.

No comments:
Post a Comment