Friday, November 9, 2012

Indonesia sasar pembelian 150 kereta kebal Jerman

Indonesia sasar pembelian 150 kereta kebal Jerman: "JAKARTA 9 Nov. - Indonesia semalam menandatangani satu perjanjian dengan syarikat pertahanan Jerman, Rheinmetall untuk membuka laluan kepada republik ini membeli 150 buah kereta kebal buatan negara Eropah itu.

Ketua Agensi Pertahanan Indonesia, Mejar Jeneral Ediwan Prabowo berkata, memorandum persefahaman yang ditandatangani itu turut membabitkan aspek teknologi dan penyelengaraan pembelian aset pertahanan terbabit.

Jelasnya, beliau berharap kontrak pembelian 100 buah kereta kebal pertempuran utama, Leopard dan 50 buah kereta kebal ringan, Marder akan ditandatangani pada bulan ini. - dpa"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment